Witness from Soul
Hari nie aku teringin sangat nak kongsi ngan korang suma, tentang gaji ceo-ceo kat Malaysia, bukan apa keje aku kadang-kadang depan LAPTOP nie, asyik2 tengok gaji orang jer..Mungkin bila aku tengok gaji mereka nie tinggi, mungkin gak la, sikit sebanyak dapat bagi aku semangat yang tinggi untuk berjaya mcm depa gak suatau hari nanti..InsyaAllaha Usaha Tangga kejayaan orang kata, so bagi aku suma tue tak jadi masalah yang penting kita usaha untuk memiliki nya..Betul tak?? Bila pikir-pikir, gaji sebulan dah sejuta lebih..huh, bende apa yang nak pun petik ja jari leh dapatkan..kadang2 berangan gak aku nie...apa2 pun, bagi aku biar la duit setinggi mana pun..duit untuk AKHIRAT jangan la lupa cari lak yer...ok jom kita tengok gaji sorang2 k..selamat membaca...





BEKAS CEO MAS : DATO IDRIS JALA
Kalau sebelum ini, Idris Jala merupakan CEO MAS yang mana pendapatannya adalah sekitar RM100,000. Sekarang ini, beliau sudah pun meninggalkan sektor swasta untuk menyertai barisan kabinet Malaysia yang ada pada hari ini apabila dilantik sebagai senator dan menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Berdasarkan laporan tahun 2008, pendapatan bagi Ketua Pegawai Eksekutif MAS ini di antara RM1 juta sehingga RM1.5 juta setahun.

Setelah bergelar MENTERI

Elaun bulanan sebagai Datuk Idris Jala adalah sebanyak RM14,907, 20 ditambah dengan jawatannya sebagai senator di mana beliau turut menerima RM4,112.79. Ini tidak termasuk beberapa faedah dan inisiatif lain yang bakal anda lihat di bawah ini nanti yang jumlah minimumnya adalah sebanyak RM25, 619.99. Tetapi untuk setakat hari ini belum dapat dipastikan adakah imbuhan yang diterima termasuk sekali tugasan beliau selaku Ketua Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (PEMANDU) dan juga ketua bagi unit KPI kerajaan Malaysia.



PEMIMPIN TERTINGGI
■Gaji Perdana Menteri – RM 22,826.65 sebulan

■Gaji Timbalan Perdana Menteri – RM 18,168.15 sebulan

■Gaji Menteri-Menteri Kabinet – RM 14,907.20 sebulan.

■Gaji Timbalan Menteri-Menteri – RM 10,847.65 sebulan





GAJI PERDANA MENTERI NEGARA LAIN :


■Gaji Perdana Menteri Singapura : Lee Hsien Loong

s$3 juta setahun (RM7.25 juta setahun, RM600,000 sebulan)

■Gaji Presiden Amerika : Barack Obama

US$400,000 setahun(RM1.4 juta, RM116,666 sebulan)

■Gaji Perdana Menteri Britain : David Cameron

£194,250 (RM1.1 juta, RM91,666 sebulan)

■Gaji Perdana Bekas Menteri Australia : Kevin Rudd

AU$330,300 (RM942,570, RM78,560 sebulan)



Kalau di negara Singapura, gaji Perdana Menteri diberikan setara dengan gaji ceo bagi kebanyakan syarikat gergasi di negara berkenaan. Ini kerana mereka beranggapan tugasan dan cabaran yang digalas oleh pemimpin Singapura adalah sama dengan penaung syarikat terkemuka di negara kota Singa itu. Berlainan pula, gaji CEO di Malaysia adalah jauh yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri dan juga barisan kabinet Malaysia. Pendapatan mereka ini termaktub dalam Akta Ahli Parlimen (saraan) 1980 [Akta 237]



1) Datuk Seri Mohamed Nazir Abdul Razak

CEO CIMB Group Holdings Berhad

RM9.35 juta setahun (RM779,166 sebulan)

2) Datuk Seri Zubir Murshid (telah digantikan dengan Datuk Mohd Bakke Salleh)

CEO Sime Darby Berhad

RM2.05 juta setahun (RM170,833 sebulan)

3) Datuk Yusli Mohamed Yusoff

CEO Bursa Malaysia

RM1.97 juta setahun (RM164,166 sebulan)

4) Datuk Seri Abdul Wahid Omar

CEO Maybank Berhad

RM1.78 juta setahun (RM148,333 sebulan)

5) Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin

Boustead Holdings Berhad

RM1.85 juta (RM154,166 sebulan)





Elaun Ahli Dewan Rakyat Dan Ahli Dewan Negara

Elaun bulanan ahli Dewan Rakyat : RM6,508.79

Elaun bulanan ahli Dewan Negara : RM4,112.79

Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi (jarak lebih 32 km daripada kediaman atau pejabat ahli parlimen) : RM100 sehari

Elaun untuk kehadiran bagi urusan rasmi di luar Malaysia : RM150 sehari sehari

Elaun Hiburan : RM1,500

Elaun Istimewa : RM1,500

Elaun Pengangkutan : RM1,500

Elaun Telefon : RM900

Elaun Pemandu : RM1,200

Komputer peribadi : RM6,000 (maksimum)

Elaun kehadiran di Parlimen : RM200 sehari

Elaun kehadiran sebarang mesyuarat, seminar yang dianjurkan oleh Kementerian/Kerajaan : RM150 sehari

Elaun yang memerlukan mereka tinggal di hotel untuk urusan rasmi : RM350 semalam (maksimum)

Lain-lain kemudahan:


Ahli Parlimen yang menjalankan urusan rasmi turut boleh menuntut kos perbelanjaan yang dialami. Antaranya :

a) Penggunaan pengangkutan awam untuk urusan rasmi di mana tidak menggunakan kereta sendiri.

b) Parking dan bayaran tol

c) Kos perbelanjaan telefon yang digunakan untuk urusan rasmi

d) Kos dobi selama tinggal di hotel yang mesti disertakan resit sebagai bukti

e) Airport service charge mesti disokong dengan resit

f) Kos kelebihan bagasi berhubung dengan dokumen rasmi dan bahan disokong oleh penerimaan

g) penerbangan kelas perniagaan

i) kelas pertama bagi pengangkutan keretapi

j) lesen kenderaan

k) bilik kelas pertama di hospital

l) Pinjaman perumahan maksimum RM360,000

m) Pinjaman kenderaan maksimum RM100,000









wah sekarang aku nak bercerita tentang gaji CEO BESAR TNB kite nie pulak yer..Dulu penah kecoh gak la tentang gaji dia..Diantara CEO syarikat GLC kta negara kite nie lakan aku rasa la..beliau la gaji yang paling banyak sekali..mana tak nya, gaji pun dah cecah juta sebulan..memang kaya dia nie..kalau tak cayer tengok statement nie :


NAMA : DATO' SERI CHE KHALIB BIN MOHAMAD NOH

JAWATAN : CEO TNB

GAJI : RM 1,107,280,00





Agak-agak sapa la mamat sorang nie, yang penting nama dia bukan mamat k..kalau korang nak kenal yang nie CEO SYABAS, SELANGOR..Bos besar air Selangor yang nie la...







NAMA : TAN SRI ROZALI BIN ISMAIL

JAWATAN :CEO SYABAS (Syarikat Bekalan Air Selangor Bhd) & PUNCAK NIAGA HOLDING

STATEMENT GAJI ; Setahun – RM5.1juta

Sebulan – RM425,000

Sehari (8jam) – RM14,166

Sejam – RM1,770

Seminit – RM29.51



Macam mana la, beliau tak termasuk antara 40 orang terkaya di Malaysia, tengok la gaji bulan dia pun. dah leh tahan ber tahun dah untuk makan..hihi. aku rasa memang layak la depa gaji mcm tue, mungkin berkat usah mereka sendiri... so kita yang orang kebanyakan nie jangan la pertikai gaji2 mereka nie..kalau nak dipikirkan ingat mudah ka jadi CEO, mereka nie ibarat pemandu sesebuah syarikat, kalau silap la jalan di bawanya maka silap arahtuju mereka..so memang depa layak la memilik kekayaan seperti nie..dan tak mustahil bagi kita nie untuk jadi mcm mereka nie pada masa akan datang,so apa lagi kene usaha la yer,Amin....
Witness from Soul

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


KATA-KATA IMAM GHAZALI KEPADA ANAKMURIDNYA.... 

1.apa yg paling DEKAT dgn diri kita di dunia?
jawapannya: "MATI" sebab itu sememangnya jnji Allah bahawa setiap yg bernyawa pasti akan
mati..(Ali 'Imran:185)

2.apa yg paling JAUH dgn kita di dunia?
jawapannya: "MASA LALU" sebab dgn apa cara sekali pun kita tak dpt kembali ke masa lalu..
oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari hari mendatang dgn perbuatan yg sesuai
dgn ajran agama..

3.apa yg paling BESAR di dunia?
jawapannya: "NAFSU" (Al A'raaf:179) paling besar drpd apa yg ada di dunia.oleh itu kita harus
berhati hati dgn nafsu kita,jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka..

4.apa yg paling BERAT di dunia?
jawapannya: "MEMEGANG AMANAH" (Al Ahzab:72)..tumbuh tumbuhan,binatang,gunung
dan malaikat tidak mampu ketika Allah meminta mereka utk menjadi khalifah di dunia ini..ttp
manusia dgn sombong menyanggupi permintaan Allah sehingga byk drpd manusia masuk ke
neraka krn tak dpt memegang amanahnya..

5.apa yg paling RINGAN di dunia?
jawapannya: "MENINGGALKAN SOLAT"..gara gara pekerjaan kita meninggalkan solat..gara
gara bermesyuarat kita meninggalkan solat..gara gara sibuk membeli belah kita meninggalkan
solat..

6.apa yg paling TAJAM di dunia?
jawapannya: "LIDAH MANUSIA" krn melalui lidah,manusia selalu menyakiti hati dan melukai
perasaan saudaranya sendiri..


jadi,pandai-pandailah korang menilainya..=)